Monday, April 20, 2009

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

Orang kata semalam hanya kenangan, hari ini merupakan kenyataan dan esok adalah ketidaktentuan. Dalam surah Al-Shams, Allah menggingatkan di dalam firman-Nya yang bermaksud `Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah bagi mereka yang mensucikan jiwanya dan hampalah/rugilah bagi mereka yang mengotorinya (QS 91:8-10).

Apa yang kita lakukan selama ini (semalam dan seterusnya) hanyalah refleksi atau membentuk kenyataan yang belaku pada hari ini. Kegagalan kita membentuk perilaku serta peribadi waktu lampau akan mempunyai kesan ke atas pembentukan kita pada masa sekarang. Ternyata juga kegagalan kita merancang pada masa lampau mempunyai kesannya pada masa sekarang. Cuba kita fikirkan di mana tahap, kedudukan serta pencapaian kita pada masa kini dan bagaimana kita menggunakan ruang masa lampau untuk mewarnai kedudukan kita masa kini. Apa yang nyata ketidak upayaan kita merencana serta mengariskan objektif serta wawasan menjadikan kita hilang punca arah. Lalai dalam kemelut dan pengaruh persekitaran yang tidak menentu. Apa yang kita nampak adalah ilusi semasa tetapi kita tidak pernah untuk memikirkan kesan yang berada di luar kotak pemikiran. Apa yang kita dapat?.. ini lah realiti yang kita hadapi pada hari ini. Bagaimana pula dengan sisa-sisa kehidupan yang tinggal? Adakah kita mampu membayar balik apa yang kita tinggalkan? Jawapannya mudah..sekiranya kita sentiasa memikirkan apa yang kita tinggalkan dibelakang bermakna kita tidak ada masa untuk memikirkan peluang yang ada dihadapan.Jadi, BERHENTI bercakap banyak..STOP dreaming and start with planning and drastic ACTION. Jadikan semalam sebagai kenangan dan pengajaran, hari ini sebagai kenyataan terhadap perubahan dan esok merupakan hasil yang digarap dapat dituai. STOP wasting time.. the clock continuously running..tic..tok..tic..tok, BERHENTI dari terus memikirkan tentang kegagalan dan ketidak beranian kerana ia akan terus menhantui kamu sehingga akhir hayat..BERANI BERUBAH dan mulai berfikir akan kejayaan, minda anda akan terus membantu anda bagaimana untuk mencapainya..yang lain-lain serahkan kepada ketentuan-Nya..insyallah..

PENGURUSAN SPIRITUAL DAN EMOSI


Kita sering lupa, sering alpa, sering leka terhadap persekitaran yang amat tidak terkawal. Ramai yang tidak menyedari bahawa masa begitu pantas berlalu. Diam tak diam kita sudah dimamah usia. Banyak ruang yang kita tinggalkan di masa lalu telah diisi dengan sesuatu yang tidak berguna. Setiap detik kita mengira dan setiap saat kita memikir...apa yang kita tahu, terlalu banyak kita telah meninggalkan dosa. Apa yang pasti tidak tercatat sebarang tanda harga dan tempoh tamat (expiry date) di seluruh badan kita. Namun semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz akan kapankah kita akan pergi meninggalkan dunia. Jika diamati di sepanjang kehidupan kita terutamanya masa yang diperuntukkan dalam seharian, kita telah menghabiskan masa untuk berkerja. Ketika itulah sebarang amalan dalam pekerjaan dikutip sama ada banyak pekara mungkar atau pekara mulia yang kita lakukan. Apabila direnungi sama ada sedar atau tidak perbuatan serta tindak tanduk kita ketika di tempat kerja banyak mengundang pekara keji dari perbuatan mulia. Maksudnya, berkerja itu satu perbuatan mulia tetapi pengisiannya telah kita abaikan dengan melakukan perbuat murka. Sebagai contoh, menggunakan kepentingan waktu pejabat dengan melakukan kerja peribadi, pergi ke kantin dan mengambil masa yang lama untuk makan ketika waktu kerja, bersembang-sembang apatah lagi gosip, berniaga kecil-kecilan seperti menjual kain atau MLM (Multi Level Marketing) dsb. Bayangkan gaji yg kita perolehi hasil `pencurian waktu' dpd majikan yg membayar gaji kita. Tidakkah kita terfikir akan azab yg bakal diterima hasil perbuatan kita..
SPIRITUAL bererti mencari makna dalam hidup...siapa kita dari mana asal usul kita, kemana kita akan pergi satu hari nanti. Mencari makna hidup dalam pengukuhan nilai spiritual dan pengawasan serta pengurusan emosi yang terancang akan menjadikan kita lebih matang dan beradab ketika dipertanggungjawapkan di dalam sesuatu kerja. Nilai-nilai murni yang ada dan sifat-sifat hebat Allah SWT yg terdapat di dalam Asma'ul Husna sepatutnya menjadi panduan dan perkiraan kita ketika melakukan sesuatu pekara. Sifat-sifat itu jugalah yang ditiupkan di dalam roh kita agar kita lebih peka dan bersifat sentiasa tunduk serta merendah diri terhadap sebarang tindak tanduk kita. Jika kita sentiasa akur terhadap kebesaran-Nya dan membiarkan roh kita dikuasai sifat-sifat HEBAT Asma'ul Husna sepenuhnya, maka kita akan terhindar dari perbuatan-perbuatan mungkar dan menjadikan kita lebih mulia dan hebat sehebat nama-nama-Nya. Maka amalan-amalan kita akan terpelihara dan majikan serta masyarakat sekeliling akan memandang mulia kepada kita. Inilah pekara-pekara yang kami tekankan di dalam program ASMA'UL HUSNA BUILDING CHARACTER 99 (ABC99) yang kami jalankan untuk organisasi-organisasi korporat khususnya.