Kita sering lupa, sering alpa, sering leka terhadap persekitaran yang amat tidak terkawal. Ramai yang tidak menyedari bahawa masa begitu pantas berlalu. Diam tak diam kita sudah dimamah usia. Banyak ruang yang kita tinggalkan di masa lalu telah diisi dengan sesuatu yang tidak berguna. Setiap detik kita mengira dan setiap saat kita memikir...apa yang kita tahu, terlalu banyak kita telah meninggalkan dosa. Apa yang pasti tidak tercatat sebarang tanda harga dan tempoh tamat (expiry date) di seluruh badan kita. Namun semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz akan kapankah kita akan pergi meninggalkan dunia. Jika diamati di sepanjang kehidupan kita terutamanya masa yang diperuntukkan dalam seharian, kita telah menghabiskan masa untuk berkerja. Ketika itulah sebarang amalan dalam pekerjaan dikutip sama ada banyak pekara mungkar atau pekara mulia yang kita lakukan. Apabila direnungi sama ada sedar atau tidak perbuatan serta tindak tanduk kita ketika di tempat kerja banyak mengundang pekara keji dari perbuatan mulia. Maksudnya, berkerja itu satu perbuatan mulia tetapi pengisiannya telah kita abaikan dengan melakukan perbuat murka. Sebagai contoh, menggunakan kepentingan waktu pejabat dengan melakukan kerja peribadi, pergi ke kantin dan mengambil masa yang lama untuk makan ketika waktu kerja, bersembang-sembang apatah lagi gosip, berniaga kecil-kecilan seperti menjual kain atau MLM (Multi Level Marketing) dsb. Bayangkan gaji yg kita perolehi hasil `pencurian waktu' dpd majikan yg membayar gaji kita. Tidakkah kita terfikir akan azab yg bakal diterima hasil perbuatan kita..
SPIRITUAL bererti mencari makna dalam hidup...siapa kita dari mana asal usul kita, kemana kita akan pergi satu hari nanti. Mencari makna hidup dalam pengukuhan nilai spiritual dan pengawasan serta pengurusan emosi yang terancang akan menjadikan kita lebih matang dan beradab ketika dipertanggungjawapkan di dalam sesuatu kerja. Nilai-nilai murni yang ada dan sifat-sifat hebat Allah SWT yg terdapat di dalam Asma'ul Husna sepatutnya menjadi panduan dan perkiraan kita ketika melakukan sesuatu pekara. Sifat-sifat itu jugalah yang ditiupkan di dalam roh kita agar kita lebih peka dan bersifat sentiasa tunduk serta merendah diri terhadap sebarang tindak tanduk kita. Jika kita sentiasa akur terhadap kebesaran-Nya dan membiarkan roh kita dikuasai sifat-sifat HEBAT Asma'ul Husna sepenuhnya, maka kita akan terhindar dari perbuatan-perbuatan mungkar dan menjadikan kita lebih mulia dan hebat sehebat nama-nama-Nya. Maka amalan-amalan kita akan terpelihara dan majikan serta masyarakat sekeliling akan memandang mulia kepada kita. Inilah pekara-pekara yang kami tekankan di dalam program ASMA'UL HUSNA BUILDING CHARACTER 99 (ABC99) yang kami jalankan untuk organisasi-organisasi korporat khususnya.
No comments:
Post a Comment